Presiden: Badan kebajikan punya peranan laksana rancangan bina masyarakat inklusif
Premium
Presiden: Badan kebajikan punya peranan laksana rancangan bina masyarakat inklusif
Feb 22, 2018 | 5:30 AM
DEKATI MASYARAKAT: Presiden Halimah Yacob berinteraksi bersama beberapa pelajar semasa lawatannya ke Sekolah AWWA dan Pusat Intervensi Awal AWWA semalam. Beliau juga menikmati jamuan tengah hari Tahun Baru China silang generasi bersama klien badan tersebut. - Foto BH oleh KHALID BABA -
BADAN kebajikan sukarela (VWO), seperti AWWA, memainkan peranan penting dalam membantu melaksanakan rancangan di bawah Pelan Induk Pemerkasaan demi membantu masyarakat yang memerlukan, kata Presiden Halimah Yacob.
Ditemui media semasa lawatannya ke AWWA di Lorong Napiri semalam, Puan Halimah berkata beliau gembira melihat tugas yang dilaksanakan badan tersebut untuk membantu segmen masyarakat yang berlainan.

