Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden baru Muis kunjungi Masjid Al-Ansar, bincang persiapan buka lebih banyak ruang solat

Aug 7, 2021 | 5:57 PM
Foto MUIS
Foto MUIS -

PRESIDEN Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Saat Abdul Rahman, mengunjungi Masjid Al-Ansar bagi meneliti operasi dan proses masjid itu sedang masjid-masjid di sini bersiap sedia untuk membuka lebih banyak ruang bagi jemaah melaksanakan ibadah mereka.

Sabtu (7 Ogos) merupakan hari pertama Encik Saat, yang juga Editor Berita Harian/Berita Minggu (BH/BM), secara rasmi menjadi Presiden Muis yang kesembilan, mengambil alih jawatan daripada Haji Mohammad Alami Musa yang mengundur diri.

Muis berkata Encik Saat merupakan seorang pemimpin masyarakat yang berpengalaman dan memahami cabaran sosiokeagamaan yang pelbagai dan keperluan masyarakat Islam.

"Beliau berharap untuk meneruskan tugas Muis dalam banyak bidang, termasuk meningkatkan interaksi dengan masyarakat dan pihak-pihak yang berkepentingan,'' kata Muis, dalam catatannya di Facebook.

Lawatan ke Masjid Al-Ansar adalah bagi memantau operasi dan proses masjid sedang ia meningkatkan lebih banyak ruang yang selamat bagi masyarakat seiring dengan keadaan Covid-19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg