Topik diikuti
Pergi ke BHkuPresiden Dipilih: Cheng Bock mahu rayu

Jul 13, 2017 | 5:30 AM
Presiden Dipilih: Cheng Bock mahu rayu
MANTAN calon Presiden, Dr Tan Cheng Bock, akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menggugurkan permohonan undang-undang yang dikemukakan beliau mengenai dasar dan masa bagi Pilihan Raya Presiden Dipilih (EP).
Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Parlimen mempunyai hak memutuskan masa bagi pilihan raya yang dikhususkan bagi calon daripada sesebuah masyarakat, jika tiada sesiapa daripada masyarakat itu dipilih sebagai presiden dalam lima penggal yang lalu.