Topic followed successfully
Go to BHkuPresiden Dipilih: Pilihan raya pada 23 Sep, Hari Penamaan Calon 13 Sep
Presiden Dipilih: Pilihan raya pada 23 Sep, Hari Penamaan Calon 13 Sep
Presiden Dipilih: Pilihan raya pada 23 Sep, Hari Penamaan Calon 13 Sep
HARI mengundi bagi rakyat memilih Presiden baru Singapura ditetapkan pada Sabtu, 23 September ini.
Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong mengeluarkan writ yang mengumumkan tarikh Rabu, 13 September, sebagai hari penamaan calon.
Jika terdapat satu sahaja calon yang layak, calon itu akan memulakan penggal menjadi Presiden sehari selepas hari penamaan calon.
Tempat yang ditetapkan bagi pencalonan adalah di Persatuan Rakyat (PA), di 9 King George's Avenue.
Menyusuli writ yang dikeluarkan itu, mereka yang berminat untuk bertanding perlu mengemukakan permohonan bagi Sijil Kelayakan dalam tempoh lima hari dan jawatankuasa akan menilai permohoan kelayakan itu mempunyai sekurang-kurangnya 10 hari selepas writ dikeluarkan.
Parlimen telah meluluskan pindaan yang membuat perubahan berhubung EP pada November lalu, dan ini antara lain membuka laluan bagi pemilihan seorang Presiden Melayu dalam Pilihan Raya Presiden tahun ini.
Sejauh ini, tiga individu melahirkan hasrat untuk bertanding iaitu mantan Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob, pengerusi Bourbon Offshore Asia Pacific, Encik Farid Khan; serta CEO Second Chance Properties, Encik Mohamed Salleh Marican.
Setakat ini, Encik Farid dan Encik Salleh telah menghantar permohonan kelayakan mereka.

