Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah akan hadiri pertabalan Raja Charles

May 3, 2023 | 7:40 PM
03ebd059-8f7d-4eb9-8f02-767ae401cf45
- Foto ST

PRESIDEN Halimah Yacob akan berada di London dari Khamis hingga Ahad untuk menghadiri pertabalan Raja Britain Charles III. Kementerian Luar Negeri (MFA) menyatakan pada Rabu bahawa Puan Halimah akan ditemani suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, dan pegawai dari Pejabat Presiden dan MFA. Semasa di London, Puan Halimah akan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Presiden Vietnam, Encik Vo Van Thuong, dan Presiden Fiji, Ratu Wiliame Katonivere, kata MFA. Beliau juga akan menghadiri satu majlis makan bagi warga Singapura yang berpangkalan di Britain. Encik Eddie Teo, pengerusi Majlis Penasihat Presiden, akan melaksanakan tugas Pejabat Presiden semasa Puan Halimah tiada. Pertabalan Raja Charles akan dihadiri oleh 2,000 hadirin dalam satu majlis yang gemilang, menurut penganjurnya dan Istana Buckingham. Raja Charles akan menjadi raja ke-40 yang akan dinobatkan di gereja di pusat London sejak Raja William I pada 1066. Isteri keduanya Camilla akan dinobatkan sebagai Permaisuri Ratu. Pertabalan di Westminster Abbey pada 6 Mei itu adalah yang pertama di Britain dalam tempoh 70 tahun, dan hanya yang kedua dalam sejarah untuk disiarkan di televisyen.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg