Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah alu-alu pandangan warga di luar S'pura

Oct 20, 2022 | 6:25 AM
TERUS SUMBANG PERSPEKTIF: Presiden Halimah dan delegasi Singapura bergambar dengan sekitar 130 warga Singapura yang bekerja dan menetap di Vietnam semasa majlis jamuan tengah hari di Hotel Park Hyatt Saigon, di Bandar Ho Chi Minh. - Foto BH oleh SITI AISYAH NORDIN
TERUS SUMBANG PERSPEKTIF: Presiden Halimah dan delegasi Singapura bergambar dengan sekitar 130 warga Singapura yang bekerja dan menetap di Vietnam semasa majlis jamuan tengah hari di Hotel Park Hyatt Saigon, di Bandar Ho Chi Minh. - Foto BH oleh SITI AISYAH NORDIN -

PRESIDEN Halimah Yacob menggesa warga Singapura yang menetap di luar negara supaya tetap mempertimbangkan dan memberikan perspektif mereka mengenai isu yang dihadapi Singapura.

Meskipun mereka tidak berada di Singapura, pandangan serta sumbangan mereka dalam menghuraikan isu-isu tersebut dihargai, ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa bertemu dengan sekitar 130 warga Singapura yang menetap di Vietnam dalam satu majlis makan tengah hari di Hotel Park Hyatt Saigon semalam.

Majlis jamuan tersebut diadakan sempena hari keempat lawatan Presiden Halimah ke Vietnam, yang akan berakhir hari ini.

"Sedang kami bangkit semula daripada pandemik, ketidaktentuan geopolitik dan risiko makroekonomi telah meningkat.

"Di Singapura, kami juga perlu menghadapi warga yang semakin menua dan keprihatinan mengenai mobiliti sosial.

"Meskipun anda tidak berada di Singapura secara fizikal, saya ingin menggesa anda supaya memberikan pandangan dan melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan penting ini," katanya.

Suara kanak-kanak yang kedengaran semasa beliau menyampaikan ucapannya membuat Puan Halimah berseloroh:

"Saya mendengar banyak suara kanak-kanak di sini, sebab itu perspektif diperlukan, ia amat penting bagi generasi akan datang ini."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg