Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah alu-alu usaha berbilang agensi bantu belia atasi tekanan mental

Sep 13, 2020 | 4:23 PM
GALAK MASYARAKAT GEMBLENG TENAGA: Presiden Halimah Yacob dalam ucapan pembukaan acara berjalan kaki maya Samaritans of Singapore (SOS), #HOWRU meminta agar orang ramai tampil memberi sokongan kepada belia yang bergelut dengan tekanan mental termasuk payah mendapat pekerjaan dalam pandemik Covid-19. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK PRESIDEN HALIMAH YACOB
GALAK MASYARAKAT GEMBLENG TENAGA: Presiden Halimah Yacob dalam ucapan pembukaan acara berjalan kaki maya Samaritans of Singapore (SOS), #HOWRU meminta agar orang ramai tampil memberi sokongan kepada belia yang bergelut dengan tekanan mental termasuk payah mendapat pekerjaan dalam pandemik Covid-19. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK PRESIDEN HALIMAH YACOB -

MENYOKONG belia dan kesejahteraan mental mereka pada masa Singapura masih berjuang menentang wabak Covid-19 adalah sesuatu perkara yang mustahak.

Menekankan demikian dalam ucapan pembuka acara berjalan kaki amal di alam maya, #HOWRU anjuran badan khidmat sosial Samaritans of Singapore (SOS) pada Ahad (13 September), Presiden Halimah Yacob berkata:

"Sebagai contoh, pada waktu ini, kebanyakan belia kita risaukan tentang peluang pekerjaan selepas tamat pengajian yang seterusnya akan menjejas kesihatan mental mereka.

"Bagi membantu belia yang bergelut dengan isu kesejahteraan mental, sebuah badan berbilang agensi, Rangkaian Kesejahteraan Mental Belia (Youth Mental Well-Being Network) sudah dibangunkan pada Februari tahun ini.

"Lebih 1,000 belia, karyawan dan aktivis kesihatan mental serta ibu bapa tampil menjana idea baru dan merealisasikannya, membangun kerja-kerja yang telah diusahakan agensi pemerintah dan rakan kerjasama masyarakat sejauh ini.

"Saya harap lebih ramai orang lagi akan menyertai mereka dalam usaha ini."

Puan Halimah akur dalam berdepan dengan pandemik Covid-19, sesetengah penduduk mungkin berdepan dengan tekanan kesihatan mental yang bertambah dan memerlukan bantuan.

Menerusi acara berjalan kaki maya ini yang disejajarkan dengan Bulan Pencegahan Bunuh Diri, pada September, Puan Halimah berharap akan wujud kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kempen mencegah gejala membunuh diri lantas menggalak mereka menggembleng tenaga demi kesejahteraan mental golongan yang terjejas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg