Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah, Anwar perkukuh komitmen S'pura, M'sia bagi kerjasama

Mar 22, 2023 | 5:30 AM
LAHIRKAN KEYAKINAN: Dalam pertemuan mereka,Presiden Halimah Yacob juga melahirkan keyakinan Singapura bahawa di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerjasama dua hala akan dikukuh lagi merentasi pelbagai bidang. - Foto ST
LAHIRKAN KEYAKINAN: Dalam pertemuan mereka,Presiden Halimah Yacob juga melahirkan keyakinan Singapura bahawa di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerjasama dua hala akan dikukuh lagi merentasi pelbagai bidang. - Foto ST -

PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah melakukan kunjungan ke atas Presiden Halimah Yacob pada hari kedua lawatan negara Puan Halimah ke Malaysia pada Selasa.

Pertemuan tersebut berlangsung di Hotel St Regis di Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan mereka, kedua-dua pemimpin itu mengesahkan komitmen teguh Singapura dan Malaysia untuk bekerjasama secara membina dan pragmatik, terutama dalam era ketidaktentuan geopolitik yang lebih besar sekarang.

Presiden Halimah melahirkan keyakinan Singapura bahawa di bawah kepimpinan Datuk Anwar, kerjasama dua hala akan dikukuhkan lagi merentasi pelbagai bidang serta akan memberi manfaat kepada warga dan perniagaan kedua-dua negara.

Mereka juga membincangkan tentang kepentingan pemimpin menggalak perpaduan sosial dalam dunia pascapandemik Covid-19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg