Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah: Bajet 2023 seimbang, bertanggungjawab, tetapi terdapat cabaran ketara

Mar 24, 2023 | 5:30 AM
TAKLIMAT: Puan Halimah Yacob dan Majlis Penasihat Presiden (CPA) sedang diberi taklimat oleh Kementerian Kewangan (MOF) mengenai Belanjawan 2023. - Foto MCI
TAKLIMAT: Puan Halimah Yacob dan Majlis Penasihat Presiden (CPA) sedang diberi taklimat oleh Kementerian Kewangan (MOF) mengenai Belanjawan 2023. - Foto MCI -

BELANJAWAN 2023 merupakan belanjawan yang seimbang dan bertanggungjawab secara fiskal dan ia menyediakan keperluan segera bagi warga Singapura, terutamanya dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pada masa yang sama, bajet itu juga membuat pelaburan dalam keperluan masa depan Singapura, kata Presiden, Puan Halimah Yacob.

Menulis dalam satu hantaran Facebooknya pada Khamis, Puan Halimah, bagaimanapun, menambah bahawa terdapat cabaran-cabaran ketara yang masih kekal sebagai ancaman kepada keselamatan, keterbukaan ekonomi dan perpaduan sosial.

"Cabaran-cabaran ini berterusan di peringkat global, sedangkan kita masih menangani isu-isu yang timbul daripada perubahan iklim dan penduduk kita yang sedang pesat menua," kata beliau sambil menambah bahawa selepas tiga tahun Belanjawan tahunan telah mengambil daripada rizab yang lalu, Belanjawan 2023 kini tidak perlu melakukan sedemikian.

Puan Halimah berkata bahawa rizab yang lalu telah memainkan peranan penting dalam menyediakan sokongan kritikal kepada warga Singapura dan perniagaan.

Ia telah membolehkan pekerjaan diselamatkan dan mengelakkan gangguan yang teruk kepada keluarga.

"Sebahagian besar daripada rizab lalu yang telah dikeluarkan, telah digunakan untuk menyelamatkan nyawa dengan meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan perubatan serta pembelian vaksin untuk menentang serangan Covid-19.

"Dalam hal ini, kita lihat rizab lalu digunakan bukan hanya untuk generasi akan datang, malah untuk generasi sekarang yang telah membantu dalam mengembangkan rizab itu," kata Puan Halimah sambil menambah bahawa rizab lalu digunakan untuk memberikan sokongan yang merentasi generasi rakyat Singapura.

Komen Puan Halimah itu timbul selepas beliau, bersama Majlis Penasihat Presiden (CPA) telah memberi taklimat oleh Kementerian Kewangan (MOF) mengenai Belanjawan 2023, sebelum beliau memberikan persetujuan beliau.

Mengulas keputusan beliau untuk memberikan persetujuannya kepada Rang Undang-Undang Perbekalan itu, beliau berkata:

"Dengan saranan dari CPA dan memandangkan Belanjawan 2023 tidak mungkin menggunakan rizab lalu, saya telah melaksanakan kuasa saya sebagai Presiden di bawah Perlembagaan ini untuk memberi persetujuan saya kepada Rang Undang-Undang Perbekalan itu."

"Sebahagian besar daripada rizab lalu yang telah dikeluarkan, telah digunakan untuk menyelamatkan nyawa dengan meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan perubatan serta pembelian vaksin untuk menentang serangan Covid-19. Dalam hal ini, kita lihat rizab lalu digunakan bukan hanya untuk generasi akan datang, malah untuk generasi sekarang yang telah membantu dalam mengembangkan rizab itu." - Presiden Halimah Yacob.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg