Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah: Covid-19 papar keihsanan masyarakat Islam S'pura

Apr 23, 2020 | 2:43 PM
SERLAH JIWA: Presiden Halimah Yacob berkata pandemik Covid-19 ini adalah bukti yang menunjukkan sikap belas ihsan dan kebaikan masyarakat Islam setempat, dengan ramai yang telah berganding bahu untuk membantu golongan yang mudah terjejas semasa Ramadan ini.
SERLAH JIWA: Presiden Halimah Yacob berkata pandemik Covid-19 ini adalah bukti yang menunjukkan sikap belas ihsan dan kebaikan masyarakat Islam setempat, dengan ramai yang telah berganding bahu untuk membantu golongan yang mudah terjejas semasa Ramadan ini. - Fail

PANDEMIK koronavirus Covid-19 ketika ini merupakan bukti yang memaparkan sikap belas ihsan dan kebaikan masyarakat Islam di sini, yang telah berkumpul untuk membantu golongan yang mudah terjejas semasa Ramadan ini, kata Presiden Halimah Yacob dalam satu catatan Facebook hari ini.

Beliau memberikan contoh usaha masyarakat yang dilakukan, termasuk daya usaha #SGUnited Buka Puasa yang bukan hanya memberikan makanan kepada golongan yang mudah terjejas dalam masyarakat, malah karyawan jagaan kesihatan dan keluarga mereka yang berada di barisan depan dalam menangani wabak Covid-19.

Puan Halimah turut berkata beliau bangga dengan masyarakat Islam setempat yang telah mengambil langkah-langkah dalam menentang virus itu dan memastikan semua rakyat Singapura selamat.

"Tahun ini, kita tidak akan adakan amalan biasa berbuka puasa dengan rakan-rakan dan keluarga besar sedang kita mematuhi langkah pemutus rantaian jangkitan Covid-19, yang telah dilanjutkan untuk sebulan lagi.

"Kita juga tidak dapat menunaikan solat tarawih di masjid ataupun menikmati kemesraan solat Hari Raya Puasa secara berjemaah, namun ini adalah waktu luar biasa yang memerlukan kita mengambil langkah-langkah yang sukar.

"Saya tidak ragu bahawa kita akan muncul lebih kuat dalam iman kita dan sebagai satu masyarakat daripada pengalaman ini," kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg