PRESIDEN Halimah Yacob berinteraksi bersama pelajar Melayu/Islam daripada institut pendidikan tinggi dalam satu sesi dialog di Istana semalam.

Sesi sejam itu dihadiri 27 wakil pelajar dari semua institusi pendidikan tinggi di sini - Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik, maktab rendah dan universiti berautonomi.

Puan Halimah kemudian berbuka puasa bersama pelajar tersebut.

Pelajar yang diundang adalah daripada pelbagai kumpulan berkepentingan kaum Melayu/Islam di sekolah masing-masing atau memegang jawatan dalam majlis pelajar atau pembangunan pelajar dan kumpulan bantuan.

Antara topik yang dibincangkan ialah memperkasa pelajar untuk mengambil jawatan kepimpinan dan menanam budaya dan identiti Melayu/Islam dalam diri belia masa kini.