PRESIDEN Halimah Yacob tersenarai di tangga ke-37 dalam senarai 500 Muslim Paling Berpengaruh.
Senarai tahunan yang masuk tahun ke-12 itu dikumpulkan Pusat Pengajian Strategik Islam Diraja di Jordan.
Puan Halimah, yang merupakan Presiden wanita pertama Singapura sejak 2017 adalah satu-satunya warga Singapura berada dalam senarai 50 tangga tertinggi edisi 2021 'The Muslim 500' ini, lapor The Straits Times.
Kompilasi 500 Muslim Berpengaruh ini menyenaraikan tokoh Islam serata dunia berdasarkan sejauh mana impak sumbangan mereka kepada masyarakat.
Tertera nukilan mengenai Puan Halimah seperti berikut:
"Sebagai Presiden, beliau menggalak inisiatif bagi menyokong masyarakat yang bersatu, memperkukuh (jalinan) antara agama dan mengiktiraf kesemua pekerja yang menyumbang kepada pertumbuhan Singapura.
"Beliau memiliki profil antarabangsa yang utuh, dengan mengadakan pertemuan secara kerap dengan pemimpin dunia."


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg