Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah kirim ucap takziah kepada pemimpin Kuwait

Sep 30, 2020 | 11:34 PM
PEMIMPIN BERWIBAWA: Dalam surat ucap takziahnya, Presiden Halimah Yacob menyifatkan pemimpin Kuwait, Emir Sheikh Sabah Al Ahmad Al Jabber Al Sabah, yang meninggal dunia pada Selasa (29 September) sebagai negarawan yang bekerja secara aktif dalam menggalak keamanan dan persefahaman. - Foto EPA-EFE
PEMIMPIN BERWIBAWA: Dalam surat ucap takziahnya, Presiden Halimah Yacob menyifatkan pemimpin Kuwait, Emir Sheikh Sabah Al Ahmad Al Jabber Al Sabah, yang meninggal dunia pada Selasa (29 September) sebagai negarawan yang bekerja secara aktif dalam menggalak keamanan dan persefahaman. - Foto EPA-EFE -

PRESIDEN Halimah Yacob mengirimkan surat ucap takziah kepada pemimpin Kuwait, Sheikh Nawaf Al Ahmad Al Jaber Al Sabah di atas pemergian abangnya, Emir Sheikh Sabah Al Ahmad Al Jabber Al Sabah pada Selasa (29 September).

Dalam surat bertarikh 30 September itu, Puan Halimah mewakili penduduk Singapura dalam menyampaikan takziah kepada Kuwait.

Butiran mengenai suratnya itu disampaikan kepada media menerusi satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).

"Saya berbesar hati dapat bertemu dengan Emir Sheikh Sabah dalam kunjungan negara saya ke Kuwait pada November 2019.

"Saya teringatkan keyakinannya yang berkekalan terhadap usaha memelihara kestabilan serantau.

"Beliau adalah seorang negarawan yang dihormati yang bekerja secara aktif dalam menggalak keamanan dan persefahaman.

"Usahanya yang boleh diteladani dalam menangani masalah kemanusiaan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang memberikannya Anugerah Kepimpinan Kemanusiaan Sejagat pada 2014.

"Sheikh Sabah yang dimuliakan akan dirindui di atas kebijaksanaan dan kepimpinannya," tulis Puan Halimah dalam suratnya itu.

Singapura, jelas Puan Halimah, akan sentiasa menghargai sokongan yang pernah diberi Allahyarham dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Singapura dan Kuwait.

Sebagai Menteri Ehwal Luar, beliau juga memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan warga Singapura termasuk mantan Presiden S R Nathan yang terlibat dalam peristiwa rampasan feri "Laju" pada 1974.

Pada 2004, Singapura diberi penghormatan menerima kunjungan rasmi oleh Sheikh Sabah yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Kuwait.

Puan Halimah menyifatkan Allahyarham sebagai pemimpin yang meyakini kerjasama antara negara kecil seperti Kuwait dan Singapura demi kepentingan bersama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg