Presiden Halimah lawat firma mesra golongan kurang upaya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah lawat firma mesra golongan kurang upaya

Apr 29, 2021 | 5:30 AM

Presiden Halimah lawat firma mesra golongan kurang upaya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
BERAMAH-TAMAH: Presiden Halimah Yacob beramah-tamah bersama Encik Maximillian Tan, 33 tahun, seorang eksekutif sumber manusia yang mengalami palsi serebrum, yang sedang duduk di sebelah meja kerja yang ketinggiannya boleh dilaraskan dan skrin yang boleh dilaraskan, semasa lawatannya ke Cushman and Wakefield Services semalam. - Foto BH oleh LIM YAOHUI
BERAMAH-TAMAH: Presiden Halimah Yacob beramah-tamah bersama Encik Maximillian Tan, 33 tahun, seorang eksekutif sumber manusia yang mengalami palsi serebrum, yang sedang duduk di sebelah meja kerja yang ketinggiannya boleh dilaraskan dan skrin yang boleh dilaraskan, semasa lawatannya ke Cushman and Wakefield Services semalam. - Foto BH oleh LIM YAOHUI -

PRESIDEN Halimah Yacob telah mengadakan lawatan ke firma Cushman & Wakefield Services semalam, sebahagian usaha berterusan untuk mengunjungi syarikat-syarikat yang mengamalkan amalan kerja inklusif.

Sejak 2018, Cushman & Wakefield Services bekerjasama rapat dengan SG Enable untuk mendorong inklusiviti bagi golongan kurang upaya di tempat kerja, yang termasuk pendidikan kakitangan mengenai pengurusan golongan kurang upaya.

Ia juga menggajikan golongan kurang upaya, dan Puan Halimah semalam meninjau kemudahan di pejabat syarikat itu, yang telah membuat penyesuaian bagi pekerja kurang upaya, contohnya mengadakan meja kerja yang ketinggiannya boleh dilaras, pintu automatik dan skrin besar.

Syarikat itu ialah cabang kemudahan dan kejuruteraan firma khidmat hartanah global Cushman & Wakefield, dan menyediakan khidmat huraian komputer dan teknologi lanjut bagi mengoptimumkan mutu, kelajuan dan kos operasi bagi kliennya.

Rumah Terbuka Istana

ISTANA akan membuka pintunya kepada tetamu sekali lagi pada 13 Mei sempena Hari Pekerja dan Hari Raya Puasa. Rumah Terbuka Istana itu diadakan setahun lepas ditiadakan kerana pandemik Covid-19.

Mengumumkannya di pos Facebook semalam, Puan Halimah berkata: "Sedang kita melonggarkan langkah keselamatan beransur-ansur, tapak Istana, dengan flora dan faunanya yang kaya, akan sekali lagi tersedia untuk tetamu kunjungi, tetapi dengan langkah pengurusan selamat ditetapkan."

Orang ramai yang ingin menghadiri rumah terbuka di Istana boleh mendapatkan tiket percuma dari dalam talian di https://cutt.ly/IstanaOpenHouse mulai 10 pagi hari ini.

Tiket terhad dan akan diberi berdasarkan siapa dahulu didahulukan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg