Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah lawat kumpulan orkestra bagi golongan istimewa

Oct 21, 2017 | 3:39 PM
PURPLE SYMPHONY: Puan Halimah bergambar dengan anggota kumpulan orkestra bagi golongan istimewa, The Purple Symphony, ketika melawat mereka yang sedang berlatih bagi acara Purple Parade minggu depan.
PURPLE SYMPHONY: Puan Halimah bergambar dengan anggota kumpulan orkestra bagi golongan istimewa, The Purple Symphony, ketika melawat mereka yang sedang berlatih bagi acara Purple Parade minggu depan. - Foto MCI

PRESIDEN Halimah Yacob melawat anggota kumpulan orkestra bagi golongan istimewa, The Purple Symphony, yang sedang berlatih tadi.

Semasa kunjungannya itu, Puan Halimah memberi kata-kata galakan kepada anggota kumpulan orkestra itu bagi persembahan mereka di acara Purple Parade di Suntec City minggu depan.

Purple Parade merupakan acara yang menyokong usaha inklusif dan merai individu yang berkeperluan khas.

Puan Halimah turut menyampaikan mesej bahawa orang ramai tidak seharusnya membina 'tembok' di keliling mereka kerana ini tidak akan memupuk sebuah masyarakat yang kukuh.

Sebaliknya, beliau menggesa orang ramai membina sebuah masyarakat yang membolehkan semua orang menyumbang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg