Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah perolehi suntikan 'booster' Covid-19, gesa warga emas dapatkannya

Sep 22, 2021 | 10:57 PM
Foto FAIL
Foto FAIL -

PRESIDEN Halimah Yacob mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 penggalak atau 'booster' pada Rabu (22 September) dan menggesa warga emas berbuat demikian apabila ia ditawarkan kepada mereka.

Menulis di Facebook, beliau berkata dengan berbuat demikian, ia akan lebih melindungi mereka bagi tempoh lebih lama.

Puan Halimah juga berkata, dengan mendapatkan suntikan 'booster' akan mengurangkan kemungkinan warga emas ini jatuh sakit lebih teruk lagi kerana Covid-19.

Singapura mula menyuntik vaksin pada warga emas dengan menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech sejak 27 Januari.

Ia juga memulakan program vaksin penggalak Covid-19 sejak Rabu (15 September) dengan warga emas yang telah lengkap divaksin sekitar Mac tahun ini menjadi yang pertama dijadualkan bagi suntikan ketiga.

Sehingga Selasa, 140,000 undangan bagi suntikan penggalak telah dikirimkan kepada warga emas. Suntikan penggalak ini penting kerana warga emas berusia 60 tahun ke atas adalah yang paling terdedah jika berdepan dengan kes jangkitan teruk Covid-19.

Pada Selasa, dilaporkan terdapat 164 pesakit yang mengalami sakit teruk apabila dijangkiti Covid-19, memerlukan sokongan oksigen atau jagaan rapi.

Daripada jumlah itu, 135 orang daripada mereka adalah warga emas melebihi usia 60 tahun.

Dalam pada itu, kesemua lima kes kematian yang dilaporkan sejak dua hari lalu berpunca daripada komplikasi Covid-19 melibatkan warga emas melebihi 60 tahun.

Sementara itu, Presiden Halimah juga mengingatkan orang ramai agar menggalak anggota keluarga yang berusia melebihi 60 tahun agar mendapatkan suntikan penggalak Covid-19.

"Mari kita kekal selamat dan berjaga-jaga sedang kita berusaha menuju ke arah negara berdaya bingkas Covid-19," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg