Topik diikuti
Pergi ke BHkuPresiden Halimah: Pesakit demensia perlu disokong agar rasa selamat, terjamin
Presiden Halimah: Pesakit demensia perlu disokong agar rasa selamat, terjamin
Presiden Halimah: Pesakit demensia perlu disokong agar rasa selamat, terjamin
PUSAT JAGAAN SIANG: Presiden Halimah Yacob (dua dari kiri) berinteraksi dan melakukan beberapa kegiatan bersama klien Pusat Jagaan Siang Demensia kendalian Awwa di Blok 740 Yishun Avenue 5 yang dibuka secara rasmi semalam. Turut hadir ialah Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim (paling kiri), Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga). - Foto BM oleh KUA CHEE SIONG -
Oct 21, 2018 | 5:30 AM
SEKITAR dua tahun lalu, selepas menjalani pembedahan memotong ibu jari kaki kanannya akibat kencing manis, keluarga Encik Mustapha Mohd Ismail mula perasan beberapa perubahan pada diri beliau.
Encik Mustapha, 69 tahun, antara lain mula lupa waktu solat, kerap ke tandas kerana tidak ingat adakah beliau sudah mandi atau tidak, pakai baju terbalik, sering menangis dan menjadi lebih pendiam.