Presiden Halimah prihatin sikap segelintir orang tidak hormati duta jarak selamat
Pengguna Berdaftar
Presiden Halimah prihatin sikap segelintir orang tidak hormati duta jarak selamat
Jan 23, 2022 | 6:40 PM
AMALKAN BUDI BAHASA: Presiden Halimah Yacob melahirkan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan dan kakitangan perubatan kerana kesediaan mereka menjaga yang sakit dan memastikan khidmat asas dapat dikekalkan demi kemudahan rakyat Singapura. - LIANHE ZAOBAO
PRESIDEN Halimah Yacob melahirkan keprihatinan terhadap sikap segelintir orang yang tidak menghormati duta jarak selamat yang bertugas, dengan ada diantara mereka yang "dianiaya dan diancam oleh orang awam".
Menyuarakan phal ini di akaun Facebooknya 5.30 petang tadi, Cik Halimah berkata, tindakan itu dilakukan apabila para duta ini "mengarahkan seseorang individu untuk pulang ke rumah atau memeriksa mereka kerana tidak mematuhi arahan lain".

