Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah rai Hari Keharmonian Kaum di Sekolah Menengah Northbrooks

Jul 20, 2023 | 5:29 PM
RAI KEHARMONIAN KAUM: Presiden Halimah Yacob (tiga dari kanan) bertemu guru, pelajar dan staf, serta membuat kraf Rangoli semasa mengunjungi Sekolah Menengah Northbrooks pada Khamis sempena meraikan Hari Keharmonian Kaum.
RAI KEHARMONIAN KAUM: Presiden Halimah Yacob (tiga dari kanan) bertemu guru, pelajar dan staf, serta membuat kraf Rangoli semasa mengunjungi Sekolah Menengah Northbrooks pada Khamis sempena meraikan Hari Keharmonian Kaum. - Foto MCI

Bertemu guru dan beramah mesra dengan para pelajar yang melakukan kegiatan keharmonian kaum, seperti membuat kraf ‘rangoli’ – hiasan seni tradisional India menggunakan serbuk beras berwarna-warni.

Presiden Halimah Yacob melakukan demikian semasa mengunjungi Sekolah Menengah Northbrooks pada Khamis, sempena meraikan Hari Keharmonian Kaum pada 21 Julai.

“Saya gembira menyaksikan generasi muda kita berkumpul untuk belajar tentang masyarakat pelbagai budaya kita.

“Adalah penting bagi anak-anak kita sedar bahawa kita hidup dalam masyarakat yang pelbagai dan perbezaan kita adalah kekuatan dan sebab untuk kita meraikannya,” kata Puan Halimah dalam catatan di Facebook.

Sebagai sebahagian daripada sambutan keharmonian kaum, para pelajar dan guru turut memakai pakaian etnik bagi mempamerkan masyarakat berbilang budaya di Singapura.

Puan Halimah juga melawat sekitaran sekolah dan melihat simulasi penerbangan di hab warisan sekolah.

Simulasi itu bertujuan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan asas dalam topik aeroangkasa, dengan matlamat meningkatkan kesedaran dan minat pelajar dalam industri aeroangkasa tempatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg