Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah: Sekolah Pendidikan Khas perkasa pelajar berdikari

Feb 22, 2023 | 5:30 AM
LAWAT SEKOLAH: Presiden Halimah Yacob menyertai kelas seni bersama pelajar, Muhammad Hadi Azim Azhar, 14 tahun, semasa lawatannya di Sekolah Tanglin pada Selasa. - Foto ST
LAWAT SEKOLAH: Presiden Halimah Yacob menyertai kelas seni bersama pelajar, Muhammad Hadi Azim Azhar, 14 tahun, semasa lawatannya di Sekolah Tanglin pada Selasa. - Foto ST -

PRESIDEN Halimah Yacob berkata Sekolah Pendidikan Khas (Sped) memainkan peranan penting dalam memperkasakan pelajar dengan keperluan khas bagi menjalani kehidupan yang berdikari.

Setelah lawatannya ke Sekolah Tanglin pada Selasa, Puan Halimah berkata sektor Sped boleh meneroka cara baru untuk menyampaikan hasil yang lebih baik bagi kanak-kanak dan keluarga mereka.

"Dengan sokongan dan dorongan yang berpatutan, mereka juga boleh menjadi ahli masyarakat yang bernilai," kata Puan Halimah dalam catatan di Facebook.

Sekolah Tanglin merupakan antara empat sekolah yang ditubuhkan oleh Persatuan Golongan Berkeperluan Khas (APSN).

Sekolah lain yang dikendali oleh APSN adalah Sekolah Chaoyang, Sekolah Katong dan Sekolah Delta Senior.

Kurikulumnya bertujuan membangunkan pelajar supaya menjadi pelajar sepanjang hayat, melibatkan mereka dalam kerja yang bermakna serta membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih berdikari.

Ditubuhkan pada 1976, APSN telah memanfaatkan lebih 2,200 benefisiari setiap tahun di empat Sekolah Sped mereka.

Semasa lawatannya di Sekolah Tanglin, Puan Halimah berpeluang berinteraksi bersama empat pelajar.

Beliau meninjau kegiatan kokurikulum (CCA) yang para pelajar sertai.

Menurutnya, sekolah itu menggunakan teknologi seperti cara menerbangkan dron untuk mendekati pelajarnya dengan mengembangkan kemahiran motor mereka.

Presiden Halimah turut dijemput untuk melibatkan diri dalam beberapa program sekolah tersebut, termasuk program seni visual seperti aktiviti cat air, celik huruf dan juga pembuatan 'terrarium' atau tanam-tanaman.

Lawatan ini merupakan sebahagian siri pendekatan masyarakat Presiden Halimah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg