Presiden Halimah: SG-Belanda kongsi komitmen kerjasama pelbagai hala
Presiden Halimah Yacob, ditemani suami Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, kini berada di Belanda bagi satu lawatan rasmi selama lima hari sehingga esok. Lawatannya itu dilakukan atas undangan Raja Willem-Alexander. Ini merupakan lawatan pertama yang dilakukan seorang ketua negara Singapura ke negara itu. Berikut laporannya.
SAMBUTAN PENUH ISTIADAT: Puan Halimah Yacob, yang disambut oleh Raja Willem-Alexander, memeriksa perbarisan kehormatan merangkumi pegawai tentera udara, darat, polis tentera dan laut Belanda di Dam Square, Amsterdam. - Foto MCI -
PERKUKUH IKATAN DUA NEGARA: Puan Halimah Yacob menarik perhatian mengenai hubungan ekonomi yang kukuh antara Singapura dengan Belanda semasa berucap di majlis jamuan negara di Istana Diraja Amsterdam. Turut dalam gambar ialah suami beliau, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee (kanan, sedang duduk) serta Raja Willem-Alexander dan Ratu Maxima. - Foto MCI -
BERI PENGHORMATAN: Puan Halimah Yacob, yang ditemani suaminya Encik Mohamed, meletakkan lingkaran bunga di kaki Monumen Negara di Dam Square, Amsterdam, dan memberi penghormatan kepada askar dan orang awam yang terkorban semasa peperangan. - Foto MCI -

SINGAPURA dan Belanda mempunyai jalinan persahabatan lama sejak awal kemerdekaan negara ini dan mereka terus mengongsi hubungan ekonomi yang kukuh dan pandangan serupa mengenai dunia, kata Presiden Halimah Yacob, kelmarin.
Ini termasuk "komitmen yang sama" bagi kerjasama pelbagai hala, perdagangan bebas dan kedaulatan undang-undang, kata Puan Halimah semasa satu jamuan negara yang dihoskan Raja Willem-Alexander di Istana Diraja Amsterdam, lapor The Straits Times.