Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah sokong cadangan pamer bendera S'pura

Apr 25, 2020 | 2:12 PM
TUNJUK PERPADUAN: Warga Singapura mengusulkan cadangan untuk mempamerkan bendera Singapura untuk menunjukkan semangat perpaduan dalam negara ini menangani wabak Covid-19.
TUNJUK PERPADUAN: Warga Singapura mengusulkan cadangan untuk mempamerkan bendera Singapura untuk menunjukkan semangat perpaduan dalam negara ini menangani wabak Covid-19. - - Foto fail

WARGA Singapura kini boleh mempamerkan bendera negara sehingga September selepas pemerintah melonggarkan peraturannya.

Ini setelah ramai di kalangan warga setempat telah meminta untuk dibenarkan mempamerkan bendera negara, yang biasanya hanya dipamerkan di seluruh negara sewaktu Hari Kebangsaan, sebagai simbol perpaduan, menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).

Dalam satu catatan di Facebook hari ini (25 April), Puan Halimah berkata beliau telah memberi sokongannya terhadap usulan tersebut dan gembira dengan semangat yang ditunjukkan itu.

"Hari-hari yang bakal datang, akan mencabar buat sementara waktu, sementara kita menangani Covid-19. Namun saya yakin dengan keberanian dan ketabahan bersama ini, kita mampu mengharunginya bersama.

"Seperti yang berlaku pada tahun-tahun awal kemerdekaan kita, saya yakin bendera kita akan memberi inspirasi untuk kita melakukan yang terbaik lagi," kata Puan Halimah.

Setiap organisasi dan isi rumah boleh mempamerkan bendera di bangunan pejabat atau luar rumah masing-masing, namun MCCY menasihatkan agar bendera dikibarkan dan dipasang dengan penuh rasa hormat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg