Topic followed successfully
Go to BHkuPresiden Halimah terima kunjungan DPM Qatar
Presiden Halimah terima kunjungan DPM Qatar
Presiden Halimah terima kunjungan DPM Qatar
PRESIDEN Halimah Yacob baru-baru ini telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Perdana Menteri Qatar dan Menteri Negara bagi Ehwal Pertahanan, Khalid Bin Mohammed Al Attiyah.
Beliau berada di Singapura untuk menyertai Dialog Shangri-La yang diadakan hujung minggu lalu.
Menerusi catatan di Facebook, Presiden Halimah berkata:
"Kami mengesahkan hubungan mesra antara Singapura dengan Qatar, dan telah membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama."
Presiden Halimah menambah bahawa sebagai negara kecil, Singapura dan Qatar mempunyai perspektif yang sama tentang isu pertahanan dan keselamatan, lapor The Straits Times.
"Kami memahami keperluan untuk mengimbangi antara kuasa serantau dan menegakkan undang-undang.
" Kami berharap dapat bekerjasama dengan Qatar dalam bidang kepentingan bersama," katanya.
Puan Halimah juga menyatakan bahawa Qatar akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Fifa tahun ini, negara Arab pertama yang berbuat demikian, dan beliau mengucapkan kesejahteraan bagi negara tersebut.

