Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah: Teruskan tanggungjawab sosial, kekalkan kebersihan

Feb 10, 2023 | 5:30 AM
KEKAL BERSATU: Puan Halimah gesa warga Singapura terus kekal bersatu bagi berdepan dengan cabaran akan datang. - Foto fail
KEKAL BERSATU: Puan Halimah gesa warga Singapura terus kekal bersatu bagi berdepan dengan cabaran akan datang. - Foto fail -

WALAUPUN Covid-19 bukan lagi satu ancaman seperti dahulu, Presiden Halimah Yacob menggesa warga Singapura agar terus bertanggungjawab secara sosial dan mengekalkan kebersihan yang baik.

Beliau berkata demikian menyusuli pengumuman Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian bagi Covid-19 (MTF) semalam bahawa Singapura akan merendahkan tahap Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) kepada hijau dan melonggarkan sekatan memakai pelitup mulai minggu depan.

Dalam pos Facebook yang dimuatnaiknya semalam, Puan Halimah berkata pandemik Covid-19 telah meninggalkan beberapa pelajaran.

"Pertama, kita perlu tahu bahawa pekerja penting dan barisan hadapan membuat sumbangan yang amat besar kepada masyarakat kita.

"Kedua, kepercayaan menyokong keupayaan kita untuk mengekalkan tindak balas yang padu sedang keadaan terus berubah-ubah dan maklumat baru timbul dalam sesuatu krisis.

"Ketiga, untuk membina satu masyarakat berdaya tahan yang boleh bertahan daripada sebarang krisis, orang ramai perlu merasakan tanggungjawab terhadap satu sama lain," tulisnya.

Dengan kerjasama semua, Puan Halimah berkata Singapura mempunyai salah satu perlindungan vaksinasi tertinggi dan kadar kematian Covid-19 yang terendah di dunia.

Lantas, beliau menggesa agar warga Singapura terus kekal bersatu bagi berdepan dengan cabaran akan datang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg