PRESIDEN Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Saat A. Rahman, telah dilantik sebagai ketua delegasi haji Singapura tahun ini.
Mengulas mengenai pelantikan tersebut kepada Berita Minggu (BM), Encik Saat berkata:
“Saya menerima tanggungjawab ini dengan rasa rendah hati. Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura Muis akan sentiasa bekerjasama rapat dengan Persatuan Ejen Pelancongan Muslim Singapura (Amtas) memastikan kesejahteraan dan kebajikan jemah haji kita di Tanah Suci kelak.”
Encik Saat juga bakal menyandang jawatan Konsultan Kanan (Projek Khas) di BH. Beliau akan menggalas jawatan tersebut selepas bersara sebagai Editor akhbar ini pada 1 Jun.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg