Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Perhimpunan Agung PBB lawat S’pura, temu PM Wong, Presiden Tharman

Jul 19, 2024 | 6:08 PM
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kanan), berjabat tangan dengan Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Encik Dennis Francis, ketika bertemu di Istana pada 19 Julai. Encik Francis berada di Singapura dalam rangka lawatan dua hari dari 18 hingga 19 Julai.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kanan), berjabat tangan dengan Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Encik Dennis Francis, ketika bertemu di Istana pada 19 Julai. Encik Francis berada di Singapura dalam rangka lawatan dua hari dari 18 hingga 19 Julai. - Foto KEMENTERIAN PENERANGAN DAN PEMBANGUNAN DIGITAL

Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Encik Dennis Francis, bertemu dengan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, di Istana pada 19 Julai.

Beliau juga bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya pada 19 Julai, Encik Francis, Tuan Presiden dan Encik Wong bertukar pandangan mengenai isu-isu yang menjadi keprihatinan sedunia, termasuk perubahan iklim dan pembangunan berdaya tahan, serta pembangunan di peringkat rantau dan dunia.

“Mereka bersetuju mengenai keperluan memperkukuh sistem berbilang hala berdasarkan undang-undang untuk menggalak keamanan dan kestabilan; dan berkata kerjasama antarabangsa wajar bagi menghadapi cabaran pada masa ini dan di masa hadapan,” kata MFA.

Encik Francis sedang mengadakan lawatan rasmi ke Singapura dari 17 Julai hingga 20 Julai.

Beliau turut bertemu Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, pada 19 Julai.

Menurut MFA, Dr Balakrishnan menekankan komitmen Singapura kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan fahamam berbilang hala atau multilateralisme.

Dr Balakrishnan turut meluahkan sokongan Singapura bagi Sidang Puncak bagi Masa Depan.

Selain itu, Encik Francis dijamu makan tengah hari oleh Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara) Cik Sim Ann.

Awal dari itu, pada 18 Julai, Encik Francis telah melawat Bendungan Marina, dan bertemu Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.

Pertemuan tersebut merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi Encik Dennis selama dua hari dari 18 hingga 19 Julai ke Singapura, UNGA dalam satu kenyataan media.

Selain itu, Encik Francis turut menghadiri dialog meja bundar di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam; perbincangan mengenai pembanguna wanita di Majlis Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO); dan Pusat Teknologi, Inovasi dan Pembangunan Mampan Rancangan Pembangunan PBB (UNDP).

Encik Francis dijangka mengadakan kunjungan ke Perpustakaan Daerah Punggol pada 20 Julai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg