Presiden PPIS dilantik semula

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden PPIS dilantik semula

Rahayu Mohamad kini berkhidmat bagi penggal kedua hingga 2018
Sep 27, 2016 | 5:30 AM

Presiden PPIS dilantik semula

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
KARYAWAN PELBAGAI BIDANG DAN KEPAKARAN: Lembaga Pengarah Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) ke-45, (dari kiri) Cik Suree Rohan, Cik Siti Habibah Siraj, Cik Rahayu Mohamad, Cik Sapiah Molla, Cik Hazlina Abdul Halim, Cik Salina Samion dan Cik Masmunah Abdullah. Tiada dalam gambar ialah Cik Yasmin Lum, Cik Nadia Yeo dan Cik Jummaida Rusdon. - Foto PPIS
KARYAWAN PELBAGAI BIDANG DAN KEPAKARAN: Lembaga Pengarah Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) ke-45, (dari kiri) Cik Suree Rohan, Cik Siti Habibah Siraj, Cik Rahayu Mohamad, Cik Sapiah Molla, Cik Hazlina Abdul Halim, Cik Salina Samion dan Cik Masmunah Abdullah. Tiada dalam gambar ialah Cik Yasmin Lum, Cik Nadia Yeo dan Cik Jummaida Rusdon. - Foto PPIS -

PRESIDEN Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) yang juga konsultan pendidikan serantau, Cik Rahayu Mohamad, dilantik semula bagi penggal kedua untuk menerajui persatuan berusia 64 tahun itu.

Dalam pelantikan Lembaga Pengarah PPIS semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-45 di Kelab Masyarakat Kampong Ubi Sabtu lalu, PPIS turut menyaksikan kemasukan satu muka baharu, Cik Yasmin Lum, selaku Bendahari Kehormat, yang juga merupakan bekas Pengurus Kewangan PPIS dari Februari 2013 hingga Jun 2015.

Sementara itu, selain Cik Rahayu, sembilan anggota Lembaga Pengarah yang lain turut dilantik semula.

Mereka termasuk Cik Siti Habibah Siraj, Cik Hazlina Abdul Halim, Cik Nadia Yeo, Cik Suree Rohan, Cik Masmunah Abdullah, Cik Salina Samion, Cik Nur Amalina Abdul Gani, Cik Jummaida Rusdon dan Cik Sapiah Molla.

Lembaga Pengarah ke-45 yang baharu dilantik itu akan berkhidmat bagi dua tahun mendatang iaitu dari 2016 hingga 2018. Mereka terdiri daripada karyawan daripada bidang berbeza dan berbekalkan kepakaran masing-masing mereka akan dapat meneruskan misi dan visi PPIS, ujar persatuan tersebut dalam kenyataannya.

Pemimpin masyarakat generasi muda tersebut kini menerajui kepimpinan persatuan itu.

Mereka akan meneruskan tugas awal pemimpin masyarakat terdahulu yang kebanyakannya adalah pemimpin perintis masyarakat.

Di samping itu, Cik Rahayu turut mengulangi komitmen PPIS mahu kekal sebagai pertubuhan yang memiliki rasa belas kasihan kepada golongan benefisiari, kakitangannya, rakan kongsi, masyarakat dan golongan umum.

"Saya percaya dengan Lembaga baharu ini, kami akan dapat lebih menjalin hubungan dengan masyarakat berbeza daripada apa yang pernah kami lakukan sebelum ini.

"PPIS kini mempunyai pengarah yang turut bersama Lembaga Pengarah dan jawatankuasa lain seperti Majlis Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO), Dana Masyarakat, Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) dan Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri.

"Peningkatan sinergi bersama pertubuhan lain itu akan membolehkan kami melakukan lebih banyak lagi bagi masyarakat selain meluaskan spektrum perkhidmatan kami," kata Cik Rahayu.

PPIS dijangka menyambut ulang tahun persatuan itu yang ke-65 tahun hadapan.

"Adalah satu penghormatan dan tanggungjawab diberi peluang sekali lagi bagi menerajui PPIS," tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg