Saya amat prihatin dengan situasi kemanusiaan yang teruk di Jaluran Gaza dan kehilangan nyawa serta penderitaan yang besar terhadap orang awam yang tidak bersalah.
Ini timbul daripada operasi ketenteraan Israel sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober.
Bagi pihak warga Singapura, saya merakamkan rasa simpati yang sedalam-dalamnya kepada mereka yang cedera dan keluarga yang berduka.
Singapura menggesa semua pihak supaya berusaha sedaya upaya melindungi keselamatan orang awam, mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan membenarkan penghantaran bantuan segera kepada orang awam yang terjejas di Jaluran Gaza.
Singapura kekal yakin bahawa konflik Israel-Palestin yang berlarutan hanya boleh diselesaikan dengan penyelesaian dua negara yang dirundingkan selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan yang membolehkan rakyat Palestin dan Israel hidup dalam aman dan selamat, serta bermaruah.
Saya berharap semua pihak akan mencari jalan untuk mencapai matlamat kritikal ini.
“
“Singapura menggesa semua pihak supaya berusaha sedaya upaya melindungi keselamatan orang awam, mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan membenarkan penghantaran bantuan segera kepada orang awam yang terjejas di Jaluran Gaza.”

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg