Topik diikuti
Pergi ke BHkuPresiden Tony Tan mulakan lawatan rasmi ke New Zealand

PERANAN NEW ZEALAND DALAM PERANG DUNIA PERTAMA: Dr Tony Tan mengunjungi Muzium Dominion pada hari pertama lawatannya ke New Zealand bagi melihat pameran The Great War yang memaparkan peranan negara itu dalam Perang Dunia Pertama. - Foto FACEBOOK DR TONY TAN
Oct 27, 2015 | 5:30 AM
Presiden Tony Tan mulakan lawatan rasmi ke New Zealand
PADA hari pertama lawatan seminggu beliau ke New Zealand semalam, Presiden Tony Tan Keng Yam telah mengunjungi bahagian penting sejarah negara itu - peranannya dalam Perang Dunia Pertama.
Sejurus selepas beliau tiba di Wellington, Dr Tan melawat pameran yang baru dibuka yang menggambarkan peranan New Zealand dalam perang tersebut.