Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Prihatin dengan 'Keadaanmu'

Oct 18, 2021 | 5:30 AM
- Foto BH oleh SYAMIR SAPARI
- Foto BH oleh SYAMIR SAPARI -

JIWA beliau terusik membaca laporan di dada akhbar mengenai wanita yang menjadi mangsa keganasan keluarga yang semakin mendapat perhatian sepanjang pandemik ini.

Justeru, pegawai penjara, Encik Mohamed Zulhilmi Mohamed Ya'acob, 29 tahun (kanan), terdorong menulis lagu diberi nama Keadaanmu, bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu tersebut sambil cuba memberi semangat kepada wanita yang menjadi mangsa penderaan dalam rumah tangga.

"Saya simpati dengan nasib wanita yang perlu berdepan dengan penderaan sang suami dalam rumah tangga mereka," kata pegawai Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) berpangkat Sarjan itu.

"Kebiasaannya, wanita sangat sabar melalui cabaran dan keperitan dikasari. Namun, pesanan utama dalam lagu ini adalah memberi semangat agar kaum Hawa kita lebih kuat dan terus cekal dengan masalah yang dihadapi ini. Pastinya ada jalan keluar daripada isu yang mencengkam ini," tambah beliau lagi.

Keadaanmu, diterbitkan secara bersama dengan rakan baiknya, Shawal Ziyad, 29 tahun (kiri) dan dinyanyikan peserta Anugerah 2017, Shalyza Rosly, 27 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg