Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Prihatin dengan nasib pekerja bebas

Mar 1, 2022 | 5:30 AM
624c92b9-fee8-464b-985d-0cdd1742d8ce
-

ANGGOTA Parlimen mengambil kesempatan menyuarakan keprihatinan terhadap golongan pekerja bebas yang bilangan mereka semakin bertambah semasa pandemik Covid-19 ini dalam perbahasan Belanjawan 2022 semalam.

Golongan pekerja itu antara lain menghadapi masalah seperti tidak dibayar tepat pada masanya dan peruntukan kontrak membebankan serta tidak jelas seperti yang mengambil bahan atau harta intelek pekerja bebas secara tidak adil, kata Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) semasa perbahasan belanjawan semalam.

"Tidak seperti pekerja yang mempunyai perlindungan di bawah undang-undang pekerjaan, pekerja bebas selalunya hanya boleh bersandar kepada syarat kontrak yang mereka persetujui dengan pelanggan mereka.

"Adakah mungkin Kementerian Tenaga Manusia (MOM) memperluas 'contoh borang syarat pengambilan utama untuk orang yang bekerja sendiri', bagi menyediakan susunan kata kontrak lazim yang pekerja bebas boleh gunakan sebagai standard pasaran dan yang boleh mereka rujuk jika perkara itu di bawah ke mahkamah atau Tribunal Tuntutan Kecil?" kata Encik Saktiandi.

Encik Pritam Singh (GRC Aljunied) pula meluahkan keprihatinan terhadap pekerja sambilan atau kasual yang mungkin terjejas oleh kriteria pendapatan minimum baru $500 sebulan bagi skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) yang diumumkan semasa Belanjawan tahun ini.

Kriteria itu bertujuan menggalak pekerja sambilan dan kasual melakukan kerja tetap dan sepenuh masa.

Encik Pritam bagaimanapun berkata kriteria baru itu akan menjejas golongan pekerja tersebut dengan ketara.

"Ada sebab munasabah mengapa warga Singapura melakukan kerja sambilan atau kasual.

"Menurut data Tenaga Kerja di Singapura 2021 MOM, terdapat 46,600 penduduk yang berpendapatan kurang $500 sebulan tahun lalu. Kriteria baru itu akan menafikan WIS bagi pekerja-pekerja ini.

"Saya menggesa Menteri Kewangan mengeluarkan kriteria ini supaya pekerja kami yang paling rentan daripada segi kewangan boleh meraih manfaat daripada WIS," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg