Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pritam: WP tekad sokong, bukan lemahkan, usaha nasional lawan Covid-19

Mar 21, 2023 | 5:30 AM
ENCIK PRITAM SINGH: Majlis bandaran WP juga melaksana protokol Covid-19 yang diperlukan.
ENCIK PRITAM SINGH: Majlis bandaran WP juga melaksana protokol Covid-19 yang diperlukan. -

PARTI Pekerja (WP) tidak mengkritik pemerintah di khalayak awam berhubung cara mereka menangani krisis pandemik Covid-19, yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dan bertekad menyokong, bukan melemahkan, usaha nasional, kata Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh.

Menggariskan pendekatan WP terhadap krisis Covid-19 di Parlimen pada Isnin, beliau berkata majlis bandaran WP juga telah melaksana protokol yang diperlukan.

Apabila sesetengah penduduk meluahkan rasa kecewa terhadap langkah memastikan jarak selamat di kawasan di bawah pengurusan WP seperti pusat penjaja dan kolong blok, Encik Pritam berkata parti itu menanganinya dengan sikap empati dan minda terbuka, tanpa mengkompromi langkah nasional atau keselamatan warga Singapura.

"Kami sedar sesetengah peraturan boleh menimbulkan masalah apabila dilaksana dan pegawai majlis bandaran kami gigih memberi maklum balas kepada agensi yang terbabit.

"Kami berpandangan bahawa sembarang maklum balas dipandang serius oleh pegawai perkhidmatan awam dan kami berusaha bekerja sebagai satu Singapura.

"Dan seperti yang dijangka daripada pegawai awam kita, mereka tidak mengecewakan kita," ujarnya.

Encik Pritam turut menyeru agar Semakan Selepas Tindakan (AAR) asal yang diterajui mantan ketua perkhidmatan awam, Encik Peter Ho, dibentangkan di Parlimen.

Beliau juga menyifatkan Kertas Putih berhubung respons Singapura terhadap Covid-19 yang diterbitkan pada 8 Mac sebagai dokumen sekunder yang memperoleh hasil dapatan dan kesimpulannya daripada AAR tersebut.

Sekiranya terdapat maklumat rahsia dalam laporan itu yang boleh menjejas keselamatan nasional jika ia didedahkan, Encik Pritam berkata ia boleh disunting keluar daripada laporan tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg