Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Probesen setahun bagi remaja yang nyalakan bunga api di Bukit Batok

Apr 16, 2019 | 6:40 PM
NYALA BUNGA API SECARA TERLARANG: A. Hariprasanth yang mengaku bersalah pada Mac lalu menyalakan bunga api secara terlarang dikenakan hukuman probesen.
NYALA BUNGA API SECARA TERLARANG: A. Hariprasanth yang mengaku bersalah pada Mac lalu menyalakan bunga api secara terlarang dikenakan hukuman probesen. - Foto WONG KWAI CHOW

SEORANG remaja dan bapanya menyalakan bunga api di Bukit Batok secara terlarang November lalu sehingga mengejutkan penduduk yang mendengar bunyi kuat pada malam itu.

A. Hariprasanth, 19 tahun, yang sedang menanti untuk menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dijatuhi hukuman probesen selama setahun hari ini (16 April) selepas mengaku bersalah bulan lalu.

Ibu bapanya turut diikat jamin $5,000 bagi memastikan dia berkelakuan baik.

Bapanya, Alagappan Singaram, yang merupakan seorang pekerja pembersihan berusia 54 tahun didenda $5,000 sebelum ini selepas mengaku bersalah terhadap satu kesalahan yang serupa.

Minggu lalu, seorang lagi individu dipenjara tiga minggu dan didenda $5,000 selepas mengaku bersalah menyalakan bunga api secara terlarang dan memberi maklumat palsu kepada pegawai polis.

Jeevan Arjoon, 29 tahun, menyalakan bunga api itu di Yishun November lalu dan cuba membabitkan seorang lagi individu semasa siasatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg