Premium
Produk bengkung laris, lulusan poly raih anugerah
Sep 18, 2018 | 5:30 AM
KEGAGALAN MENDEWASAKAN: Encik Alif Adam yang pernah tercicir daripada maktab rendah dan pusat prauniversiti meraih Anugerah Daya Usaha Cemerlang Politeknik Ngee Ann, hasil kejayaan perniagaan bengkung kecergasannya yang meraih pulangan $190,000 sejak dilancarkan Oktober tahun lalu. - Foto BH oleh HARYANI ISMAIL -
SETELAH gagal dalam peperiksaan tahun pertamanya di Maktab Rendah Innova (IJC) enam tahun lalu, Encik Alif Adam bertegas ingin memilih laluan prauniversiti di Institut Millennia (MI) pula.
Sayangnya, beliau juga menemui jalan buntu di situ dan terpaksa berhenti sekolah selang 10 bulan selepas itu kerana tidak memenuhi ketetapan untuk lulus dalam semua mata pelajaran yang diambil.

