Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Produk sos pasta Prego rosak, ditarik balik

Dec 23, 2022 | 5:30 AM
PRODUK TERJEJAS: Produk Prego yang terjejas dihasilkan pada 17 Ogos lalu antara 10.18 malam dengan 11.20 malam. Tarikh luputnya pula adalah 17 Ogos 2023. Maklumat ini boleh didapati di penutup botol (atas). - Foto-foto SFA
PRODUK TERJEJAS: Produk Prego yang terjejas dihasilkan pada 17 Ogos lalu antara 10.18 malam dengan 11.20 malam. Tarikh luputnya pula adalah 17 Ogos 2023. Maklumat ini boleh didapati di penutup botol (atas). - Foto-foto SFA -

SEKUMPULAN Sos Pasta Carbonara Cendawan jenama Prego dari Malaysia telah dikenal pasti sebagai tidak sesuai untuk dimakan.

Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengarahkan pengimportnya untuk menarik balik produk tersebut.

Dalam satu kenyataan semalam, SFA berkata ia telah dimaklumkan oleh The Arnott's Group bahawa mereka telah mengesan kerosakan disebabkan kesilapan perkilangan dalam sekumpulan produk itu yang beratnya 665 gram.

Menurut SFA, produk yang terjejas dihasilkan pada 17 Ogos lalu antara 10.18 malam dengan 11.20 malam. Tarikh luputnya pula adalah 17 Ogos 2023.

Maklumat ini boleh didapati di penutup botol produk tersebut.

Produk yang terjejas itu mungkin menunjukkan tanda-tanda kerosakan seperti bau yang tidak menyenangkan, warna yang luar biasa, kandungan yang berair dan lapisan cecair yang terpisah.

Penarikan balik produk itu dilakukan oleh pengimport, Campbell Soup Southeast Asia Sdn. Bhd (Cawangan Singapura), sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg