Profesor NTU kumpul bahan antik dari Asia Tenggara
Antara koleksi termasuk Al-Quran berusia 157 tahun yang dicetak di Kampung Gelam di Singapura
Feb 29, 2016 | 5:30 AM
TURUT DIKUMPUL KEBAYA VINTAJ: Ahli akademik Dr Farish A. Noor menyimpan koleksi kebaya buatan seawal abad ke-19 termasuk kebaya dengan sulaman rumit ini yang menunjukkan bagaimana tahap kaum wanita telah berubah sepanjang zaman. - Foto fail -
SINGKAP SEJARAH DI BALIK ANTIK: Koleksi buku, peta, gambar, memorabilia antik Asia Tenggara serta fabrik kebaya dan batik yang dikumpulkan oleh Profesor Madya Dr Farish A. Noor selama tiga dekad, sudah mencukupi untuk membuka muzium privet, namun beliau merupakan penderma utama bahan pameran di Lembaga Perpustakaan Negara. - Foto M.O. SALLEH. -
QURAN LAMA: Kitab suci yang dicetak di Kampung Gelam, Singapura, seawal 1869 dan kini berusia 157 tahun ini ditemui oleh Profesor Madya Dr Farish A. Noor di Jawa empat tahun lalu. - Foto M.O. SALLEH. -

SEAWAL usia 18 tahun, Profesor Madya Dr Farish A. Noor dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), telah mula meminati hobi yang kerap dikaitkan dengan warga senja iaitu mengumpul buku, peta, gambar dan memorabilia antik Asia Tenggara.
Meskipun Al-Quran bukan bahan koleksi utamanya, Dr Farish, 49 tahun, berjaya memperoleh senaskhah kitab suci Al-Quran yang kini berusia 157 tahun yang dicetak di Kampung Gelam Singapura pada 19 Oktober 1869.