Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Profesor undang-undang, peguam veteran dilantik wakil Asean

Suruhanjaya Antara Pemerintah Asean mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) bertanggungjawab promosi dan lindungi hak asasi
Feb 27, 2025 | 1:38 PM
Profesor Undang-Undang Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Profesor Madya Eugene Tan (kiri) dan rakan pengurusan bersama TSMP Law Corporation, Cik Stefanie Yuen Thio, dilantik sebagai wakil Singapura di Suruhanjaya Antara Pemerintah Asean mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR).
Profesor Undang-Undang Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Profesor Madya Eugene Tan (kiri) dan rakan pengurusan bersama TSMP Law Corporation, Cik Stefanie Yuen Thio, dilantik sebagai wakil Singapura di Suruhanjaya Antara Pemerintah Asean mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR). - Foto SMU, LINKEDIN STEFANIE YUEN THIO

Profesor Undang-Undang Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Profesor Madya Eugene Tan; dan rakan pengurusan bersama TSMP Law Corporation, Cik Stefanie Yuen Thio, telah dilantik sebagai wakil Singapura di Suruhanjaya Antara Pemerintah Asean mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 26 Februari.

Profesor Tan akan menjadi wakil Singapura ke AICHR dari 2025 hingga 2027, setelah berkhidmat sebagai wakil alternatif selama dua penggal dari 2019 hingga 2024.

Cik Yuen akan mewakili Singapura sekiranya Profesor Tan tidak dapat menghadirkan diri.

AICHR ditubuhkan pada 2009 sebagai institusi utama di rantau Asia Tenggara yang bertanggungjawab mempromosikan hak asasi manusia, lapor The Straits Times (ST).

Menurut suruhanjaya itu, setiap anggota Asean perlu melantik seorang wakil ke AICHR bagi tempoh tiga tahun dan boleh melantik semula individu yang sama untuk satu lagi penggal selepas itu.

Wakil dikehendaki menghadiri mesyuarat AICHR.

Jika wakil tersebut tidak dapat hadir, seorang wakil alternatif – yang boleh dilantik secara sementara, boleh bertindak dengan kuasa penuh bagi negara anggota selepas pengerusi suruhanjaya dimaklumkan mengenai pelantikan itu.

Anggota Asean terdiri dari Singapura, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand, Vietnam, dan Malaysia.

Malaysia akan menjadi pengerusi Asean pada 2025, dan wakil mereka juga akan mempengerusikan AICHR pada tahun tersebut.

Menurut kenyataan MFA, Singapura menyokong usaha suruhanjaya itu dalam pelbagai isu termasuk pemerkasaan wanita dan perlindungan alam sekitar. 

MFA percaya Profesor Tan serta Cik Yuen dapat meneruskan penglibatan kukuh Singapura di AICHR.

Pemerintah turut merakamkan penghargaan kepada Dr Shashi Jayakumar, yang sebelum ini berkhidmat di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), atas sumbangan beliau sebagai wakil alternatif dan kemudian wakil ke AICHR dari 2016 hingga 2024, tambah MFA.

Penerima biasiswa Fulbright di Universiti Stanford dari 2003 hingga 2004, Profesor Tan kini mengajar di sekolah undang-undang, perniagaan dan sains sosial di SMU serta mempunyai kepakaran penyelidikan dalam bidang seperti undang-undang, dasar awam dan politik Singapura.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Anggota Parlimen Dilantik (NMP) dari 2012 hingga 2014.

Sementa itu, peguam dengan pengalaman lebih 31 tahun, Cik Yuen juga merupakan pengerusi pertubuhan bukan pemerintah (NGO), SG Her Empowerment (SHE) yang memperkasa wanita melalui pelbagai projek penglibatan masyarakat.

Beliau dilantik dalam Jawatankuasa Penasihat Tadbir Urus Korporat Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg