Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Profesor Ying diberi anugerah tertinggi Amerika sebagai pencipta akademik

Dec 13, 2017 | 5:30 AM
PROFESIOR JACKIE YING: Dinamakan sebagai Felo Akademi Nasional bagi Pencipta Amerika Syarikat kerana menunjukkan semangat inovasi dalam menghasilkan atau memudahkan ciptaan yang cemerlang. - Foto fail
PROFESIOR JACKIE YING: Dinamakan sebagai Felo Akademi Nasional bagi Pencipta Amerika Syarikat kerana menunjukkan semangat inovasi dalam menghasilkan atau memudahkan ciptaan yang cemerlang. - Foto fail -

PENGARAH Eksekutif Institut Biokejuruteraan dan Nanoteknologi (IBN) A*Star, Profesor Jackie Y. Ying, malam tadi telah dinamakan sebagai Felo Akademi Nasional bagi Pencipta Amerika Syarikat (NAI).

Ini adalah anugerah profesional tertinggi yang diberikan kepada pencipta akademik yang telah menunjukkan semangat inovasi dalam menghasilkan atau memudahkan ciptaan yang cemerlang yang telah memberi impak ketara kepada mutu hidup, pembangunan ekonomi dan kebajikan masyarakat.

Profesor Ying merupakan penyelidik pertama yang berpangkalan di Singapura yang menerima pengiktirafan itu.

Beliau dipilih Felo NAI atas sumbangannya yang cemerlang kepada penemuan inovatif dan teknologi, penemuan paten dan perlesenan yang memberi kesan penting kepada masyarakat serta memberi sokongan dan peningkatan inovasi.

"Satu penghormatan besar dinamakan rakan Akademi Nasional Pencipta AS," kata Profesor Ying menerusi satu siaran akhbar yang dikeluarkan oleh A*Star.

"Setelah belajar di kolej yang sama dengan Thomas Edison, saya amat terdorong menjadi pencipta. Keupayaan menghasilkan kesan sosial melalui penemuan teknologi dan inovasi adalah aspek penyelidikan yang paling menarik," ujarnya.

Profesor Ying mempunyai lebih 180 paten utama dan aplikasi paten.

Sebanyak 32 patennya telah dilesenkan kepada syarikat berbilang negara dan perniagaan baru untuk pelbagai aplikasi dalam perubatan nano, penghantaran dadah, kejuruteraan sel dan tisu, implan perubatan, biosensor, peranti perubatan, diagnostik, pemeriksaan dadah, pemangkinan dan bateri.

Ciptaannya telah menghasilkan banyak lagi penemuan susulan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg