Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program baru POSB bagi warga emas di Yishun

May 5, 2018 | 5:56 PM
PROGRAM BAYARAN TANPA TUNAI: Program Warga Emas Bijak POSB memberi ganjaran kepada warga emas yang menggunakan kad ATM tanpa sentuhan ini, termasuk insentif $50 bagi mereka yang berjaya berjalan sehingga 100,000 langkah dan membuat sekurang-kurangnya 10 bayaran tanpa sentuhan sebulan.
PROGRAM BAYARAN TANPA TUNAI: Program Warga Emas Bijak POSB memberi ganjaran kepada warga emas yang menggunakan kad ATM tanpa sentuhan ini, termasuk insentif $50 bagi mereka yang berjaya berjalan sehingga 100,000 langkah dan membuat sekurang-kurangnya 10 bayaran tanpa sentuhan sebulan. - Foto LIANHE ZAOBAO

KEBELAKANGAN ini, Cik Asmah Md Yassin, 55 tahun, hanya menggunakan satu kad untuk membayar bagi barangan yang dibelinya atau semasa menaiki pengangkutan awam.

Menurut suri rumah itu, ini lebih mudah berbanding menggunakan kad EZ-Link.

Ini kerana beliau tidak perlu sering menokok jumlah dalam kad ATM percuma tanpa sentuhan yang diterimanya daripada POSB kerana ia terhubung dengan akaun banknya.

Penduduk Yishun itu merupakan antara 62 penduduk di estet perumahan itu - yang berusia 55 tahun ke atas - yang menyertai satu program percubaan selama tiga bulan oleh bank itu bagi menggalak warga emas menyertai visi Singapura ke arah bayaran tanpa tunai.

Mereka diberi kad ATM yang juga boleh digunakan untuk membayar tambang semasa menaiki pengangkutan awam, menurut akhbar The Straits Times.

Program Warga Emas Bijak POSB itu merupakan kerjasama antara bank tersebut, Politeknik Republic (RP) dan Jawatankuasa Penduduk (RC) Yishun Riverwalk. Ia dibangunkan berdasarkan maklum balas warga emas di kawasan tersebut.

Daya usaha itu dilancarkan di satu majlis yang turut dihadiri Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung, yang juga Anggota Parlimen di kawasan undi itu hari ini (5 Mei).

"Saya rasa lebih selamat dan mudah untuk menggunakan kad ini kerana saya tak perlu bawa banyak sangat duit," ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg