Topik diikuti
Pergi ke BHkuProgram celik kewangan bantu pelajar ITE tingkat wang simpanan
SATU program permulaan celik wang yang menekankan kepentingan berjimat telah mendorong pelajar setempat untuk lebih berjimat sepanjang tahun lalu.
Jumlah dolar wang simpanan pelajar telah meningkat sebanyak 80 peratus, kata Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan Bank DBS yang menguruskan program itu, lapor The Straits Times (ST).
DBS menambah bahawa inisiatif itu akan dilancarkan kepada semua 27,000 pelajar ITE, menerusi langkah pembelajaran dari rumah yang dilaksanakan pihak institut itu.
Program itu, yang dilancarkan tahun lalu kepada golongan sasaran seramai 10,000 pelajar tahun pertama, merangkumi topik seperti alat digital bagi menjejak kewangan, pembayaran tanpa menggunakan tunai serta pendidikan asas penganggaran perbelanjaan.
