Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program hijau bagi murid prasekolah North West

Nov 19, 2020 | 5:30 AM
MELENTUR DARI REBUNG: (Dari kanan) Mayor Alex Yam bersama Cik Jasmine Ng, Pengetua Eksekutif Limbang, Marsiling dan Yew Tee PCF Sparkletots Preschools, dan Cik Alvina Lin, guru Bahasa Inggeris, di pelancaran program Budding Greenies @ North West di PCF Sparkletots @ Yew Tee Blk 690D semalam. - Foto CDC NORTH WEST
MELENTUR DARI REBUNG: (Dari kanan) Mayor Alex Yam bersama Cik Jasmine Ng, Pengetua Eksekutif Limbang, Marsiling dan Yew Tee PCF Sparkletots Preschools, dan Cik Alvina Lin, guru Bahasa Inggeris, di pelancaran program Budding Greenies @ North West di PCF Sparkletots @ Yew Tee Blk 690D semalam. - Foto CDC NORTH WEST -

SEBUAH program untuk memupuk kesedaran murid prasekolah mengenai isu kemampanan dilancarkan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West semalam.

Di bawah program Budding Greenies @ North West itu, murid prasekolah akan mendapat buku kegiatan interaktif bertajuk Go Green with Betty the Butterfly, yang memaparkan pelbagai tema sekitaran relevan kepada Singapura.

Temanya itu termasuk penjimatan air, pencegahan penyakit denggi dan pengurangan sisa.

Ini berbeza daripada buku kegiatan kanak-kanak lain yang lebih cenderung menggunakan perspektif lebih global, kata CDC itu dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, program tersebut menyediakan buku panduan mengenai cara menubuhkan ruang hijau di prasekolah.

Ruang tersebut memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari isu sekitaran dan amalan hijau menerusi permainan.

Mayor North West, Encik Alex Yam, menghadiri pelancaran program itu di PCF Sparkletots @ Yew Tee Blk 690D semalam.

"Pelancaran Budding Greenies @ North West langkah pertama yang penting untuk membina masyarakat mampan, dengan setiap individu memainkan peranan.

"Tujuan program ini ialah menanam dan memupuk nilai-nilai hijau yang boleh diterapkan oleh masyarakat sepanjang hidup," kata beliau.

Lebih 20 prasekolah di kawasan North West telah mendaftar bagi mengikuti program tersebut.

Program khas itu dibangunkan bersama seorang pakar biologi di Universiti Nasional Singapura (NUS), Cik Grace Lim, yang juga pemilik sebuah syarikat pendidikan yang membangunkan program prasekolah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg