Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program Insan Mukmin bantu pesalah Muslim: Faishal

Jun 27, 2021 | 9:16 PM
ed598ebf-9985-4428-8be8-ec9c0e1806e1
-

MENTERI Negara Ehwal Dalam Negeri, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, telah memuji program Insan Mukmin yang membantu pesalah Muslim kembali ke pangkal jalan. Dalam satu catatan di Facebook M Kuasa Tiga (M3) pada Jumaat (25 Jun), Dr Faishal berkata beliau gembira dengan hasil program itu. "Pergas telah menyiapkan asatizah dengan baik untuk membimbing pesalah, Fitrah (Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga) telah mengadakan program keagamaan yang tersusun dengan Muis pula telah menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif di Masjid Al-Istighfar. "Menyokong usaha pemulihan adalah usaha bersama. Marilah kita memperkukuh usaha ini dan terus mendekati lebih banyak pesalah dan keluarga mereka," katanya. Program Insan Mukmin dianjurkan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dengan kerjasama Jabatan Penjara Singapura dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg