Topik diikuti
Pergi ke BHkuProgram matematik bawah M³ mula tampak kesan
Program matematik bawah M³ mula tampak kesan
Program matematik bawah M³ mula tampak kesan
MEMPERSIAP SI CILIK: Encik Masagos Zulkifli (kanan) bermesra dengan Nayli Yusyairah Muhd Faizal, lima tahun, sambil disaksikan ibu bapanya, Cik Normaya Johari (kiri) dan Encik Muhd Faizal Jamil (tiga dari kiri) yang menyertai Program KelasMateMatika (KMM) iaitu inisiatif pertama di bawah kerjasama badan M Kuasa Tiga (M³) - Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), Yayasan Mendaki dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). - Foto BH oleh GAVIN FOO -
Oct 8, 2018 | 5:30 AM
SETIAP kali Cik Fariza Abdul Jamal cuba mengajar Matematik kepada tiga anaknya, beliau sukar menarik perhatian mereka bagi tempoh yang lama.
Tetapi selepas menyertai sesi kedua Program KelasMateMatika (KMM) @Pasir Ris East, Cik Fariza, 32 tahun, kini lebih tahu tentang 'taktik' menambat perhatian mereka dengan berkesan.