Premium
Program 'pasport' bagi pencinta alam S'pura-Malaysia
Kempen galak pengunjung teroka Paya Simpanan Sungai Buloh dan Taman Negara Pulau Kukup Johor
Oct 2, 2018 | 5:30 AM
BANYAK 'KHAZANAH': Paya Simpanan Sungai Buloh kaya dengan keindahan alam semulajadi bagi menarik minat pengunjung. - Foto fail -
MULAI semalam, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Pelancongan Malaysia telah berkerjasama bagi melancarkan program 'Passport 2 Nature' bagi menggalakkan pencinta alam semulajadi untuk mengunjung dan meneroka kedua Paya Simpanan Sungai Buloh di Singapura dan Taman Negara Pulau Kukup Johor di Malaysia.
Ia adalah inisiatif promosi bersama pertama STB dan Pelancongan Malaysia di bawah Jawatankuasa Bersama Menteri bagi Kumpulan Kerja Pelancongan Iskandar Malaysia dan disokong oleh Penguasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Lembaga Taman Negara Singapura (NParks) dan Perbadanan Taman Negara Johor (JNPC).

