Program pemulihan dan yakin diri bagi pesakit strok GRC Marsiling-Yew Tee
Premium
Program pemulihan dan yakin diri bagi pesakit strok GRC Marsiling-Yew Tee
Oct 13, 2016 | 5:30 AM
KEMBALIKAN SINAR HARAPAN: Pesakit strok yang belum pulih sepenuhnya seperti Cik Hayati Samsudin (berkerusi roda) dan Cik Shobana Raghavan (dua dari kanan), serta penjaga mereka, Cik Nyamah Abdul Manaf (berdiri, kiri) dan suami Cik Shobana, Encik Krishna Madhadan, akan dapat memanfaatkan program Stesen Sokongan Strok (S3) yang bakal diperkenal kepada penduduk GRC Marsiling-Yew Tee menyusuli persetujuan Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob (berdiri, dua dari kiri), dengan pengasas serta pengerusi program itu, Cik Chew Poh Yim. - Foto M.O. SALLEH -
GRC Marsiling-Yew Tee akan menjadi antara kawasan undi pertama yang menawarkan program Stesen Sokongan Strok (S3) bagi membantu pesakit strok yang belum pulih sepenuhnya di kawasan tersebut menjalani sesi pemulihan, mengembalikan keyakinan diri dan hidup secara berdikari.
Program yang dijangka bermula awal tahun depan itu telah dipersetujui pengasas dan pengerusi S3, Cik Chew Poh Yim (isteri Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean), dengan Speaker Parlimen yang juga Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee, Cik Halimah Yacob, kelmarin.

