Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerkasa peguam dengan ilmu perundangan Islam
Program pensijilan baru diharap dapat bantu peguam beri khidmat lebih baik, fahami selok-belok undang-undang berkaitan perkahwinan, perceraian dan harta
1 of 3
Perkasa peguam dengan ilmu perundangan Islam
PEGUAM Muslim mengalu-alukan dan menyokong langkah membangunkan program pensijilan mengenai pengamalan undang-undang Islam di Singapura.
Usaha seperti itu, menurut mereka, membolehkan peguam mengemaskini diri dengan amalan terkini dan pemahaman yang lebih baik. Justeru, mereka boleh menawarkan khidmat lebih baik kepada masyarakat.
