Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program Penukaran Kerjaya (CCP) baru persiap pekerja bagi peranan hijau seperti pengurusan karbon

Dec 3, 2022 | 5:17 PM
(Dari kanan) Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal Wan Zakariah dan AP SMC Yio Chu Kang SMC, Encik Yip Hon Weng melihat projek sekitaran oleh Maktab Rendah Eunoia.
(Dari kanan) Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal Wan Zakariah dan AP SMC Yio Chu Kang SMC, Encik Yip Hon Weng melihat projek sekitaran oleh Maktab Rendah Eunoia. - Foto: ST

Para pekerja yang mengambil peranan pengurusan karbon atau peranan hijau baru di syarikat mereka akan dilengkapi dengan kemahiran relevan dalam satu program penukaran kerjaya yang baru.

Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) melancarkan program penukaran kerjaya (CCP) pertamanya bagi menyokong 200 pekerja yang melengkapi semula kemahiran dengan mengambil fungsi perniagaan baru termasuk melaporkan kemampanan dan pelaksanaan serta pembangunan projek karbon.

Program itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, hari ini di Maktab Rendah Eunoia, di mana beliau melancarkan kempen Bersih dan Hijau Singapura.

Mempelajari tentang pengurusan karbon boleh mengupaya pekerja menjalankan tugas seperti mempersiapkan tentang data pelepasan karbon dan menjalankan analisa kos dan impak sehingga pelepasan karbon bagi pihak berkepentingan, menurut WSG.

Memperoleh kemahiran baru dalam pematuhan peraturan dan melaporkan pelepasan menerusi CCP boleh membantu pekerja menguruskan dan menjalankan audit kemampanan dan memastikan bahawa proses syarikat mematuhi kemampanan berkaitan dengan peraturan dan undang-undang.

CCP baru itu akan turut menyokong rekaan pekerjaan baru seperti pegawai kemampanan dan penganalisa karbon.

Sesetengah sektor terlibat dalam program itu adalah sekitaran yang dibina dan binaan, tenaga dan kuasa serta runding cara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg