Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program perintis bolehkan pesakit dirawat di rumah diperluas

Aug 7, 2023 | 7:56 PM
SELESA DI RUMAH: Nur Sameera Begum Shaik Sulaiman (kiri) ialah antara pesakit MIC@Home yang menerima penjagaan di rumah. Ibunya, Nurzahirah Sulaiman (kanan), membantunya menggunakan peralatan perubatan untuk memantau kesihatannya.
SELESA DI RUMAH: Nur Sameera Begum Shaik Sulaiman (kiri) ialah antara pesakit MIC@Home yang menerima penjagaan di rumah. Ibunya, Nurzahirah Sulaiman (kanan), membantunya menggunakan peralatan perubatan untuk memantau kesihatannya. - Foto ST

Sebuah program perintis yang membolehkan pesakit dirawat di rumah telah diperluaskan kepada empat institusi penjagaan kesihatan awam.

Dipanggil Penjagaan Pesakit Rawat Inap Mudah Alih di Rumah atau MIC@Home, program perintis kendalian Transformasi Jagaan Kesihatan Kementerian Kesihatan (MOHT) itu telah diperluaskan kepada Hospital Besar Changi (CGH), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH), Hospital Besar Sengkang (SKH), dan Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Apabila ia dilancarkan pada April 2022 di bawah Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), program itu hanya tersedia bagi pesakit di Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Khoo Teck Puat (KTPH).

Dengan perluasan itu, MIC@Home bertujuan untuk mengukuhkan perancangan hospital untuk masa depan dan menambah penampan kapasiti katil, yang akan mengurangkan beban hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan MOHT, ia adalah penting untuk mengurangkan beban hospital ketika waktu sibuk atau berlaku kecemasan seperti pandemik, di mana permintaan bagi sumber penjagaan kesihatan adalah tinggi.

MIC@Home juga telah diperluaskan untuk menampung lebih banyak keadaan perubatan seperti pediatrik, obstetrik, sakit puan dan perubatan pemulihan.

Setakat Jun 2023, sekitar 1,000 pesakit telah memanfaatkan MIC@Home, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan MOH dan MOHT pada Isnin (7 Ogos).

Secara keseluruhannya, jumlah hari pesakit menggunakan katil hospital dapat diturunkan sebanyak 7,000 hari, menurut kenyataan itu lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg