Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program perintis jadikan Queenstown 'estet sihat'

Oct 21, 2021 | 5:30 AM
GALAK GAYA HIDUP SIHAT: Kemudahan kecergasan di taman atas bumbung serta ruang untuk berlari-lari anak di projek BTO Queen's Arc direka untuk menggalak penduduk mengamalkan gaya hidup sihat. - Foto HDB
GALAK GAYA HIDUP SIHAT: Kemudahan kecergasan di taman atas bumbung serta ruang untuk berlari-lari anak di projek BTO Queen's Arc direka untuk menggalak penduduk mengamalkan gaya hidup sihat. - Foto HDB -

BANDAR satelit pertama dan tertua Singapura, Queenstown, akan menjadi kawasan kesihatan pertama Singapura menerusi satu program perintis yang bertujuan menyokong penduduk mengamalkan kehidupan lebih sihat dan produktif.

Mengumumkan Kawasan Kesihatan@Queenstown itu semalam, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata ini akan dilakukan menerusi perancangan dan reka bentuk yang lebih bersepadu bagi estet itu serta lebih banyak program masyarakat.

"Usaha mencapai potensi penuh Kawasan Kesihatan ini akan memakan masa tapi kami jangkakan banyak pembelajaran, eksperimen dan projek.

"Ini satu wadah yang mengujakan bagi kami menggalak inovasi kolektif yang berbilang disiplin untuk mempertingkat kehidupan rakyat bersama," ujar Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg