Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Program perintis pengasuh bayi dilancar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program perintis pengasuh bayi dilancar

Mar 06, 2024 | 06:49 PM



Pemerintah akan melancarkan skim perintis yang menawarkan khidmat pengasuh bayi berusia antara dua dengan 18 bulan, bagi menawar lebih banyak pilihan penjagaan untuk ibu bapa.

Program perintis tiga tahun itu bakal dilancarkan pada separuh kedua 2024, bagi membangun khidmat pengasuh bayi yang boleh dipercayai dan dimampui, sama ada di rumah ataupun di ruang masyarakat.

Ia akan melibatkan sekitar 500 bayi untuk tahun pertama dan jumlah itu akan dinaikkan kepada 700 secara bertahap.

Mengumumkan skim tersebut di Parlimen pada 6 Mac, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling berkata Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) akan memperuntuk dana bagi pengendali terpilih untuk memastikan yuran bulanan kekal dimampui.

Antara matlamat tersebut adalah untuk memastikan yuran yang perlu dibayar – iaitu sekitar $700 sebulan – hampir sama dengan yuran yang biasanya dibayar keluarga berpendapatan sederhana bagi khidmat pusat penjagaan bayi yang dikendalikan pengendali utama selepas subsidi.

Akaun Pembangunan Anak (CDA) juga boleh dimanfaatkan bagi membantu mengurangkan kos bagi khidmat tersebut.

Yuran penjagaan untuk sehari penuh di pusat-pusat ini dihadkan pada $1,235 bagi warga Singapura, bagaimanapun ibu yang bekerja boleh memohon subsidi sekurang-kurangnya $600 sebulan.

Ibu bapa yang memilih khidmat penjagaan bayi lain – biasanya yang dilaksanakan pengasuh perlu membayar sekitar $1,200 hingga $2,800 setiap bulan, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Khidmat pengasuh banyak ditawarkan di Singapura pada 1970-an dan 1980-an, kata Cik Sun.

“(Aturan penjagaan) seperti ini berkurangan sekarang kerana ibu bapa mungkin tidak pasti di mana mereka boleh dapatkan khidmat pengasuh yang boleh dipercayai, atau mungkin mereka mendapati khidmat asuhan ini lebih memerlukan kos yang tinggi berbanding pilihan lain, seperti pusat penjagaan bayi,” tambah Cik Sun.

Menurut Cik Sun, Ecda akan melantik pengendali tertentu, yang kemudian akan memilih kakitangan bagi skim penjagaan bayi tersebut.

Setiap kakitangan hanya boleh menjaga sehingga tiga kanak-kanak pada satu-satu masa di rumah mereka sendiri atau di ruang awam seperti kelab masyarakat.

Ruang awam ini akan ditempatkan di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi bagi khidmat tersebut untuk kemudahan ibu bapa, kata Cik Sun.

Pengendali perlu mengikuti syarat-syarat khidmat tertentu bagi memastikan keselamatan kanak-kanak, kata MSF.

Ini termasuk menentukan panduan amalan keselamatan, mendedahkan profil kakitangan pengasuh kepada ibu bapa dan memastikan pengasuh mempunyai latihan mencukupi untuk menjaga bayi.

Pemerintah juga akan memeriksa latar belakang pengendali dan pengasuh.

Menurut Cik Sun, khidmat asuhan kanak-kanak seperti itu menawarkan nilai berbeza berbanding pusat penjagaan bayi, yang biasanya menjaga lebih ramai kanak-kanak.

“Ibu bapa akan diberi lebih banyak fleksibiliti untuk memilih apa yang lebih baik untuk penjagaan anak-anak mereka,” kata Cik Sun.

Ibu bapa yang inginkan persekitaran berstruktur semasa waktu bekerja boleh memilih pusat penjagaan bayi, sementara mereka yang memerlukan penjagaan yang lebih fleksibel dan dibentuk berdasarkan keperluan sendiri boleh mendapatkan khidmat pengasuh, tambahnya.

Buat masa ini, khidmat penjagaan kanak-kanak atau bayi tidak tertakluk kepada syarat-syarat atau undang-undang rasmi.

“Dalam membentuk piawaian serta syarat-syarat khidmat asas di bawah program perintis ini, kita sedar ia tidak seharusnya menjejas khidmat sedia ada yang ditawarkan sektor itu, yang mungkin akan mengurangkan jumlah ibu bapa yang boleh mendapatkan khidmat penjagaan ini,” kata MSF.

Cik Sun berkata MSF akan bekerjasama dengan ibu bapa, kakitangan penjaga dan pengendali khidmat penjagaan kanak-kanak untuk memperkukuh program tersebut.

Butiran lanjut akan diumumkan pada separuh kedua 2024.

Dalam ucapannya juga, Cik Sun berkata seorang dalam lima bayi kini berdaftar di bawah pusat penjagaan bayi.

MSF juga merancang menambah 70 peratus – atau 9,000 – ruang di pusat penjagaan bayi supaya ibu bapa dapat memanfaatkan pilihan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >